KELEBIHAN HUGGIES DRYPERS PANT DAN TIPS UNTUK MENGELAKKAN RUAM | PROMO TAMAT
“Anda pernah mengalami ruam,keradangan kulit dan lain-lain lagi??”.Jika pernah mengalaminya,sudah pasti anda tahu bagaimana rasa ketidakselesaan keadaan itu.
“Bagaimana pula dengan bayi anda?bayangkan
jika perkara tersebut terjadi pada bayi anda yang sememangnya mempunyai kulit sensitif!”
Jadi penjagaaan serta pemilihan lampin yang sesuai
amat diperlukan bagi mengatasi permasalahan ini.Kesian kan,jikalau perkara
ini terjadi bayi anda!
Sekiranya anda tahu,apakah penyebab
terjadinya ruam??
Ruam lampin selalunya disebabkan oleh kombinasi tiga
perkara – kelembapan pada kulit bayi anda, kekurangan pengudaraan di dalam
lampin dan kehadiran pelbagai perengsa, seperti bakteria daripada air kencing
dan najis atau bahan-bahan dalam lampin, tisu lembap bayi, sabun cuci baju,
sabun mandi dan losyen. Jadi ia sangat penting untuk memastikan punggung bayi
anda sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kering. Ia juga sangat membantu
jika produk yang anda gunakan tidak mempunyai perengsa.Antara lampin yang perlu
digunakan,bagi mengatasi permasalahan atau ingin membantu memberi lebih keselesaan pada bayi
anda adalah HUGGIES.
Dapatkan Sampel Percuma Sure
“mengapa
Huggies?”
1)Sistem
Penyerapan Pantas
Huggies Dry Pant iaitu lampin pakai buang baharu yang
mempunyai penyerapan yang lebih pantas yang telah direka khas bagi memastikan
kulit bayi sentiasa berada dalam keadaan kering dan selesa serta bersesuaian
dengan setiap peringkat tumbesaran bayi anda.
Mempunyai lapisan biru cepat kering,ianya menggabungkan 1000 lubang mikro pantas serap untuk penyerapan segera dan mengunci cecair agar kulit semanja anda sentiasa berada dalam keadaan kering dan selesa.
2.Penyerapan
sehingga 10 jam
Adanya 5 lapisan kekeringan,ia membantu memberi perlindungan semalaman dengan gel penyerap hebat yang dapat menyerap air kencing sehingga 10 jam agar si manja anda sentiasa kering sepanjang malam.Berdasarkan kajian,purata basahan bayi dalam tempoh setiap 12jam untuk ditukar.
3.Pelindung kebocoran
Dengan teknologi U-Fold,ianya mampu menghalang kebocoran berganda air kencing di celah peha bayi anda.
4. 5-Way
Comfort Fit
Dengan ciri 5-way comfort fit,Huggies Dry Pant muat secara fleksibel dan selesa dari 5 bahagian iaitu pinggang pada perut,pinggang pada belakang,kedua belah kaki dan kelangkang.
5.Terbukti
Secara Klinikal
“Menurut Pediatric Dermatology,2001 –Dengan teknologi pengeringan dan kelancaran aliran udara,ternyata ianya terbukti secara klinikal untuk mengelakkan bayi anda terkena ruam lampin atau dermatitis”
Antara saiz Huggies Dry Pant yang ada bagi keluaran baharu?
1)Saiz ‘S’- Berat (4- 8Kg)
2)Saiz ‘m’- Berat (6 – 12Kg)
3)Saiz ‘L’ – Berat (9 -14Kg)
4)Saiz ‘XL’ – Berat (12 -17Kg)
5)Saiz ‘XXL’ – Berat (15 -25 Kg)
Source:visit https://www.huggies.com.my/
For more information.
Antara tips lain bagi mengelakkan ruam adalah?
1)Pastikan pemilihan krim lampin yang sesuai atau baca dahulu deskripsi&bahan-bahan yang digunakan sebelum membelinya.
2)Pastikan anda membersihkan kekotoran sebersih-bersihnya pada bayi anda ketika mereka kencing atau buang air besar sebelum memakai lampin.
3)Praktikkan "4 Day wait Rule Baby Food" sebelum memperkenalkan makanan pejal pada bayi anda.
4)Kerap tukar lampin sekurang-kurangnya 4 jam sekali dan pakaikan sedikit longgar.
No comments