Adakah wajar 'Pasport Vaksin' diperkenalkan?
Topik semasa hari ini adalah,”Adakah wajar ‘Pasport Vaksin’diperkenalkan?”
Bagi pihak yang terbabit dalam perbincangan itu, dokumen itu perlu bagi
'menyegarkan' kembali industri
pelancongan antarabangsa yang terjejas teruk akibat penularan pandemik itu.CNN
dalam pada itu melaporkan beberapa destinasi termasuk Seychelles, Cyprus dan
Romania sudah menarik balik peraturan kuarantin kepada pengembara dengan syarat
mereka dapat mengemukakan dokumen yang mereka sudah menerima suntikan vaksin.
Negara lain seperti Iceland dan Hungary pula sudah membuka pintunya
kepada individu yang sudah disahkan sembuh daripada virus itu. Malah, Iceland
menjadi negara pertama yang mengeluarkan sijil pengesahan kepada individu yang
sudah menerima dua dos suntikan vaksin.Namun ketika negara berkenaan sudah mengambil langkah perintis dalam
apa yang dilihat sebagai usaha untuk merangsang semula ekonomi, negara lain di
Eropah masih 'di atas pagar' berhubung keperluan 'pasport vaksin' ini.
Sumber:Harianmetro
Voice of America pula melaporkan Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis
pula dilihat mengetahuiblok pemimpin yang mendesak supaya Suruhanjaya Eropah
segera merangka rangka kerja untuk 'menghasilkan persefahaman mengenai kaedah
sijil pengesahan yang dapat diterima pakai semua negara anggota.
“Satu laporan juga menyebut bahawa syarikat teknologi
seperti IBM pada tahun lalu sudah merintis usaha kepada pembangunan aplikasi
telefon pintar atau e-dompet yang mengandungi butiran peribadi mengenai
keputusan ujian saringan dan status sama ada seseorang sudah menerima vaksin”.
Namun di sebalik perkembangan ini, ramai
yang mempersoalkan kewajaran 'pasport vaksin.'Dari satu sudut, ia adalah tiket untuk menyuntik semula sektor
pelancongan, hospitaliti dan penerbangan yang terjejas teruk akibat kawalan
pergerakan. Ia juga akan membolehkan restoran, bar, pawagam dan premis hiburan
yang sudah ditutup untuk tempoh lama pada tahun lalu untuk kembali beroperasi.Sumber:Harianmetro
“Jadi,adakah wajar untuk memperkenalkan ‘pasport
Vaksin’ ini untuk digunakan secara menyeluruh di seluruh dunia bagi
menyegarkan kembali industri pelancongan antarabangsa mahupun domestik sesebuah
negara?”
No comments