Topik semasa hari ini adalah,'Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan'
Melalui
perutusan khas yang disiarkan dan dinyatakan oleh Perdana Menteri Malaysia
iaitu Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin pada hari ini mengenai penjelasan terkini mengenai
pemasyhuran ordinan darurat dalam menguruskan pandemik Covid 19,salah satu cara
adalah dengan memulakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
Apakah program imunisasi Covid-19 Kebangsaan?
Program imunisasi Covid-19 Kebangsaan ini adalah program pemeberian vaksin percuma kepada 26.5 juta individu atau secara
purata sebanyak 80% populasi Negara ini akan menerima vaksin ini
bermula hujung bulan ini.
Bagaimanakah program imunisasi Covid-19 Kebangsaan dijalankan?
Program ini akan membabitkan tiga fasa iaitu,Fasa pertama membabitkan sejumlah 500,000 orang petugas barisan
hadapan yang terdiri daripada petugas kesihatan dan petugas bukan kesihatan.Fasa kedua membabitkan Golongan
kelainan upaya (OKU) serta kumpulan yang
berisiko tinggi dijangkiti penyakit pandemik covid-19 iaitu warga emas dan
golongan rentan yang berusia 60 tahun dan keatas yang mengalami masalah morbiditi
seperti penyakit jantung,obesiti,diabetes dan penyakit tekanan darah tinggi.”Seramai
9.4 juta orang dianggarkan akan menerima vaksin dibawah fasa ini mulai bulan
April hinga Ogos 2021”.Fasa ketiga
membabitkan golongan dewasa yang berumur 18 tahun dan keatas dan akan menerima
suntikan vaksin ini pada bulan mei 2021 hingga februari 2022.
Kenapakah program imunisasi Covid-19 Kebangsaan dijalankan?
program imunisasi dijalankan adalah untuk melindungi barisan petugas
barisan hadapan bagi memerangi pandemik covid-19 yang telah
melanda Negara ketika ini.Program yang dijalankan ini juga, adalah penting
untuk membentuk perlindungan kelompok atau ‘Herd Immunity’ secara amnya dan
seterusnya bagi mengawal pandemik ini ini secara menyeluruh khususnya.
Perdana Menteri juga berkata,bahawa program ini merupakan program
vaksinasi terbesar pernah dilakukan di Negara ini dan beliau juga menyeru dan mengajak
seluruh rakyat Malaysia untuk
bersama-sama menggembleng tenaga dan segala sumber yang ada dan kepada
mengalu-alukan kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan sama ada dari
aspek kesihatan atau bukan kesihatan,khususnya aspek pendidikan kesihatan di
pusat-pusat vaksinasi yang bakal dibuka bagi menjayakan program ini.Sumber:Harianmetro
***Stay Safe - Stay alert - Stay Strong - Lets Fight And Break The Chain Of Covid-19 Together.#kitajagakita
No comments